Search This Blog

Wednesday, May 18, 2011

Orang Hijau & Asid

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


“Orang Hijau dan Asid”


Orang Hijau

Orang Hijau ini bukanlah orang yang menyimbah asid tu…jangan salah sangka. Dia ni hamba yang disebut oleh ALLAHU pada Surat Al-Kahf Ayat 65 sebagai:

عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

“Hamba Yang Sangat Hamba dari kalangan hamba-KU, segala ituuuuuu yang KU-beri padanya Rahmat Yang Sangat Besar dari kalangan hamba-KU dan KU-‘ilmukan dia dari Sisi-KU, ‘Ilmu Yang Besar-besar.”


Hamba Yang Sangat Hamba ini pernah jadi guru aku mengajar ‘Ilmu Gerak. Memanglah dia ini seorang yang amat baik dan tak kedekut ‘ilmu. Satu jam dia mengajar rasanya macam seminggu. Thank you ALLAHU, for Atok “K”.


Sedikit orang terdahulu yang sudah berjumpa dia. Ramai orang sekarang yang hendak berjumpa dia tapi tak tahu caranya. Ada yang bertapa di dalam hutan-lah, gua-lah, atas gunung-lah semata-mata hendak jumpa dia. Kalau jumpa dia ada sedikit petua:

1. Dia tak suka orang panggil dia Nabi, sebabnya dia bukanlah Nabi tapi Rasul.

2. Dia tak suka orang panggil dia Awliyaaa, sebabnya dia yang melantik Al-Qutb.

3. Dia tak suka orang bertanya, sebabnya dia hendak mengajar banyak-banyak.

4. Dia tak suka bercakap ‘Arab, sebab bahasa ‘Arabnya sangat Kuno.

5. Dia hanya bercakap bahasa hati, sebab dia tahu Rahsia Hati.

6. Dia tak mainlah syirik “Fountain of Youth”, sebab dia sentiasa muda dengan Kepakaran Ilmu Henti Masa dan Lipat Bumi.

7. Kalau jumpa dia, cuma detikkan dalam hati, “Salamun ‘Alayka Yaa Rasul ALLAH!”.

8. Kalau dia datang pun, dia terus masuk dalam rumah duduk di sebelah kita.

9. Kalau dia datang dengan seorang lelaki berambut basah berjubah saffron, maka itulah ‘Isa Rasul ALLAHU dan beruntunglah siapa yang didatangi mereka!


Jadi sesiapa yang berhajat, bolehlah amalkan wirid di bawah:-


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

قَلْبِيْ قُطْبِيْ وَقَالَبِيْ لُبْنٰانِيْ

سِرِّيْ خَضِرِيْ وَعَيْنُهُ عِرْفٰانْيِ ، هٰارُوْنُ عَقْلِيْ وَكَلِيْمِيْ رُوْحِيْ

فِرْعُوْنِيْ نَفْسِيْ وَالْهَوٰى هٰامٰانِيْ

Selepas bacaan BISMILLAHI ALRAHMAANI ALRAHIIM, wirid di atas ada 3 Baris.

Sebutan yang bertanda Merah tu disebut secara “2 harakah bawah/atas” sambil menonjolkan vokal pada abjad. Sebutan Merah yang berbaris di bawah juga disebut 2 harakah bawah, tetapi oleh sebab keyboard aku tiada tanda “2 harakah bawah”, jadi aku gantikan dengan baris bawah warna merah.


Yang di atas itu adalah “Nama-nama Rahsia” yang dia tahu maknanya. Jadi tak perlulah kita tahu, biarlah dia yang beritahu.


Manasik/Tatacara ‘Amalan:

1. Hendaklah dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak: 6 X sehari

2. Setiap kali bacaan 3 baris ayat di atas, diulang sebanyak: 7 X sebaris

3. Nescaya kita akan melihat perkara-perkara Ghaib yang tidak dapat dicapai oleh deria kasar….DENGAN 3 SYARAT:

a. Ikhlas (bersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan busyuk).

b. Raabtah (fokuskan/tumpu kepada nama-nama di atas).

c. Tawajjah (berhadap hati kepada wajah An-Nur ALLAH saja).


“Semoga ALLAHU Pertemukan dia dengan hamba-hamba yang Ikhlas.”




Asid

Asid ni sifatnya menghakis, kena kulit melecur panas macam kena api. Sewaktu kerja di Kilang Ubat Racun Yahoodi dulu aku selalulah bermain dengan asid. Banyak kali kena tangan tapi cepat-cepatlah lalukan air yang banyak untuk meneutralkan Asid. Kalau kena pakaian, terus berasap dan berlubang.


Aku pun bersimpati dengan awex-awex cun di KL yang jadi mangsa simbahan Asid oleh lelaki Frust Bercinta tersebut. Manusia Zaman Akhirat sekarang ini semakin ramai yang Psychotic tahap kritikal. Mungkin sebabnya makin tersisih dari erti zikir ALLAH, atau sebab saraf CPU/CNS sudah mati akibat ambik dadah syabu atau makan ubat (racun) Yahoodi yang berlebihan.

Kepada awex-awex KL aku nasihatkan bawa Air Mineral Botol Besar ke mana jua. Lebih baik terjun dalam Kolam Air Pancut “Fountain” DBKL atau terjun dalam Sungai Klang (kalau pandai berenang). Boleh juga bawa sebotol larutan kepekatan 2M Sodium Hydroxide atau boleh juga Larutan Sodium Bikarbonat untuk meneutralkan Asid menjadi Garam.


Di samping itu boleh juga amalkan Ilmu Kebal. Ada beberapa jenis Ilmu Kebal yang ada dalam Qutb-Khazanah Blog Longtambang, yang mudah-mudah di amalkan antaranya:

1. Kebal Seliseh

2. Kebal Ibu Gayong

3. Kebal Selendang Merah

4. Kebal Sabil

5. Kebal Besi Melintang

6. Kebal Peluru Hancur

7. Kebal Besi Berhujung

8. Kebal QUL-HU

9. Kebal Sehari (4 jenis)

10. Kebal Tahan Tikam

11. Kebal Segala Senjata

12. Kebal Hj. Yahya Toha


Oleh kerana dari 12 senarai di atas, semuanya ada Isim kecuali No.12 Jadi, aku pilih No. 12: Kebal Hj. Yahya Toha, untuk dikongsikan di sini. Beliau seorang ‘alim guru Al-Qur’aan yang disegani di Kedah dan kini bertaraf awliyaaa. Kalau dia masuk hutan Baling, harimau pun terkencing! Komunis pun berselerak! Dan amalannya semuanya wirid-wirid Tawhidkan ALLAHU semata-mata. Beliau ijazahkan kepada arwah datuk aku, Hj. Nayn Bin Qasim pada 10 Jun tahun 1957, dan aku terima ijazah sewaktu umur 13 tahun.

Sesiapa yang nak amal tak kiralah samada mana-mana lelaki yang nak pertahan diri atau siapa-siapa awex KL nak pertahan wajah cun mereka dari Penyimbah Asid Frust Bercinta tu, hadiahkanlah Al-Fatihah untuk Ruh dua hamba ALLAH di atas dan bolehlah mula amalkan Ayat pada imej di bawah ini. Insya ALLAH gerenti menjadi! Kalau Dia Suka…

INGAT: Mesti Ikhlas! Hafal bacaannya dan baca bila berhadapan dengan musuh atau bila disyaki Penyimbah Asid/Peragut/Pembunuh sedang merayau-rayau berdekatan anda!








Read more: http://longtambang.blogspot.com/#ixzz1MiJKG03T

Wednesday, April 27, 2011

EMAIL BERAPI YANG WAJIB DIBACA OLEH SEMUA MELAYU DI NEGARA INI!

EMAIL BERAPI YANG WAJIB DIBACA OLEH SEMUA MELAYU DI NEGARA INI!

Ini ada satu email yang patut dibaca oleh semua Melayu dinegara ini! Sedarlah wahai Bangsa Melayu! Sedarlah....

PERJALANAN sejarah riwayat bangsa Melayu bukan sekadar bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, bukan. Riwayat dan survival bangsa ini sebenarnya cukup lama, malah jauh lebih lama daripada sejarah bangsa Eropah, memakan masa ribuan tahun kegemilangannya, begitu gemilang bangsa kita suatu zaman dulu.

Gugusan tanah ini pernah menyaksikan Melayu pernah gemilang di bawah panji Sriwijaya, satu nama empayar Melayu yang tersohor ke seluruh benua Timur. Para pelayarnya suatu ketika dahulu diberi penghormatan oleh bangsa-bangsa dunia, bukan kerana Melayu itu bangsa pilihan Tuhan, tetapi kerana bangsa Melayu itu satu bangsa yang menjadi induk kepada bangsa-bangsa dan suku-suku di Nusantara.

British yang menduduki Betawi (Indonesia) sanggup melepaskan dan menawarkan Betawi yang sungguh luas kawasannya kepada Belanda hanya semata-mata mahu memiliki Semenanjung Tanah Melayu yang sekangkang kera cuma. Jepun juga pernah datang ke sini untuk memiliki Tanah Melayu. Tanah yang berada di hujung laluan paling sempit (Selat Melaka) ini, adalah tanah yang menjanjikan kenikmatan dunia.

Sayanglah jika tanah yang pernah menyaksikan pertumpahan darah nenek moyang Melayu untuk mempertahankannya suatu ketika dahulu akhirnya boleh sahaja bertukar tangan kepada puak lain yang sentiasa mahu merampas daripada para pewarisnya.



Manuskrip-manuskrip lama yang direkodkan pelayar-pelayar Eropah, China dan Asia Selatan banyak mengandungi baris-baris ayat yang memuji kekayaan Suvarnabhumi ini iaitu Tanah Melayu kita ini. Juga mengukir sebaik-baik prosa untuk memperjelaskan ketinggian bangsa Melayu kita ini.

Manuskrip sejarah berusia ribuan tahun sebelum kedatangan Islam banyak menceritakan kehebatan bangsa ini. Manakala teks-teks sejarah selepas kedatangan Islam seperti Sejarah Melayu sebagai salah satu contohnya juga menceritakan kehebatan bangsa. Melayu adalah bangsa induk di Nusantara, nenek moyangnya hebat-hebat belaka.

Bukan mudah untuk Portugis menakluk Melaka. Kekentalan orang Melayu mempertahankan tanah mereka menyebabkan Portugis biadap terpaksa berperang siang malam selama 10 hari 10 malam di Selat Melaka dalam percubaan pertama menakluk Melaka. Diego Lopez de Squiera akhirnya mati dibunuh oleh para pejuang Melayu Melaka. Alfonse de Alburqurque pula sempat lari ke Eropah. Selepas armada Portugis diranapkan, sebanyak 20 kapal perang Portugis juga semua habis dirampas laskar-laskar laut Melaka. Melayu itu hebat semangat juangnya.

Melayu itu hebat bangsanya, besar semangat juangnya. Keris tombak, bukan senjata utamanya melainkan senjata terakhir apabila senjata perang sudah tiada lagi berguna. Empayar Melayu Melaka menjalinkan hubungan dengan benua China sejak ratusan tahun. China pada ketika itu sudah lama menggunakan belerang dan meriam sebagai senjata. Sudah tentu jugalah teknologi perang China juga dibawa masuk ke Melaka, senjata api bukan suatu yang asing di bumi Melayu. Perang Melaka-Portugis bukan antara keris tombak Melaka menggempur senapang dan meriam Portugis, tetapi ia pertempuran antara senjata api Portugis dengan senjata api Melaka. Kenal perjalanan sejarah bangsa, barulah kita akan kenal kegemilangan bangsa kita. Melayu itu hebat bangsanya.

Alfonse de Alburqurque selepas kalah terpaksa kembali ke Portugis. Dia terpaksa bermuka tembok menghadap Permaisuri Isabela di Sepanyol untuk meminta bantuan dana bagi menumbangkan Melaka. Strategi dirancang sebaik acara. Maka, acara pun bermula bagi menghancurkan Melaka. Pada Ogos 1511, Melaka tumpas.

Darah Melayu bukan jenis darah yang mudah mengalah, angkatan Melayu dari Johor diketuai Hang Nadim menawan semula Melaka pada tahun 1525. Namun merdeka setahun cuma, pada 1526 tanah milik Melayu jatuh semula untuk tempoh 400 tahun lamanya.

Ketika pencerobohan Portugis ke atas Melaka, bangsa kita hanya merdeka selama setahun sebelum diceroboh semula. Kemudian datang pula Belanda, tanah ini dilacurkan dengan cara dipindah milik sesuka hati. Berpindah pula sekali lagi ke tangan British, lagi sekali dilacurkan seperti betina sundal yang sudah hilang maruahnya.

British mengubah banyak perkara kepada bumi bertuah ini selama beratus tahun. Bangsa asing dibawa masuk melalui sistem Kancu dan Kangani. Melayu semakin asing, makin miskin, makin melarat di bumi sendiri. Orang-orang asing yang dibawa masuk melalui sistem Kancu sangat disayangi oleh British, yang akhirnya merana tanpa diberi pendidikan sekolah ialah bangsa Melayu, tidak diberi sekolah selama 100 tahun. Melayu dibiarkan melarat di bumi sendiri, mungkin kerana Melayu adalah bangsa induk yang menggerakkan suku-sukunya yang lain memerangi bangsa Eropah sebelum datangnya British. Jika benar menghayati perjalanan sejarah perit ini, air mata pasti mengalir tiada henti.

Saat Jepun pula, Melayu diajar cara untuk bangkit meskipun sesekali ditindas oleh Jepun. Namun semangat Melayu sedikit pulih meskipun masih menahan perit. Ditambah pula dengan sikap Jepun yang tidak gemar melayan orang Cina, orang Melayu menjadi sedikit selesa. Semangat nasionalisme Melayu mula menyala tetapi belum cukup hangat untuk membakar semua jiwa yang sudah lama meruntun duka.

Ketika Jepun berlegar di Tanah Melayu, orang Cina yang sudah kaya raya menyelinap lari ke Tanah Besar China dan juga ke negeri-negeri lain yang berjiran di Nusantara kerana tidak tahan didera oleh bangsa Jepun. Itulah jenis ‘kesetiaan’ yang ditunjukkan sejarah perjalanan bangsa Cina di bumi Melayu ini. Meninggalkan Tanah Melayu apabila tidak lagi selamat untuk mereka. Jika Jepun mahu membunuh semua orang di Tanah Melayu, maka orang Cina akan selamat kerana sudah meninggalkan Tanah Melayu. Begitulah ‘setianya’ bangsa pendatang itu.

Sekembalinya British, Malayan Union dibawa bersama. Cina-cina kembali juga. Kembali menuntut hak sama rata, kembali menuntut kerakyatan di Tanah Melayu selepas bertempiaran lari meninggalkan Melayu bersendirian semasa kedatangan Jepun. Kembali menuntut hak kerakyatan selepas tanah asal (negara China) sudah tidak mahu menerima mereka. Menuntut kerakyatan selepas tiada lagi tanah untuk bertapak. Cina-cina itu adalah Cina-cina yang sudah tidak diterima oleh mana-mana negara. Malah, British juga tidak mahu mengambil Cina-cina itu untuk tinggal di negara mereka, maka dicampak Cina-cina itu di bumi Malaya.

Bagi memujuk British memberi kebenaran kepada mereka untuk tinggal di Malaya, maka disokonglah mereka dengan gagasan Malayan Union bagi menghapuskan institusi raja-raja Melayu, paling penting bagi mereka ialah tempat untuk bertapak. Tiadalah Cina-cina itu peduli akan sakit luluh hati orang Melayu apabila takhta raja mereka dicerca saat gagasan Malayan Union bergema. Bagi mereka Malayan Malaya itu jugalah asas Malaysian Malaysia.

Onn Jaafar menangis mahu Melayu bersatu bagi mempertahankan maruah Melayu dan raja-rajanya. Disuruh rakan-rakannya bergerak ke seluruh Malaya untuk menyatukan Melayu di bawah satu kesatuan yang kukuh. Apabila Melayu sudah bersatu ketika itu, British mula terdiam, Cina-cina juga terdiam.

Cina-cina itu sama nasibnya dengan Yahudi di Eropah yang tiada negara. Tetapi, Yahudi dikurnia tanah Palestin bagi menghancurkan Islam di sana. Cina-cina itu pula dikurnia Tanah Melayu bagi menggoyang Islam di sini. Cina-cina itu sangat berguna bagi Zionis yang pernah mengalami nasih yang serupa seperti mereka. Cina-cina itu harus diperguna sang Zionis, terutama dari garis Keturunan Li.

Kalau di Thailand (Siam) seperti dicatat dalam sejarah negara itu suatu ketika dahulu, Cina-cina (yang lari dari Malaya masuk ke Siam semasa zaman Jepun) itu dianggap sebagai Yahudi Timur kerana tidak pernah setia kepada setiap tanah yang dipijaknya. Betapa orang Thai seolah-olah tahu akan bahaya kewujudan mereka itu di sana. Maka, cepat-cepat orang Siam mengusir mereka.

Namun selepas Malayan Union dibatalkan dan sesudah menikmati kemerdekaan, Cina-cina itu tetap dikurniakan kerakyatan disebabkan kehebatan bangsa Melayu itu sendiri iaitu hati budi yang tinggi dengan kesediaan berkorban dan mengorbankan banyak keistimewaan di tanah sendiri semata-mata mahu sama-sama mencari rezeki di Tanah Melayu ini. Melayu perlahan-lahan dibalas dengan tuba hanya kerana untuk menguasai ‘tanah-tanah subur di sepanjang sungai’.

Dalam rencah politik semasa hari ini, tuba-tuba itu semakin meracuni pemikiran sebilangan besar orang Melayu. DAP yang menganggotai Liga Socialist International (SI) disokong padu oleh petualang-petualang Melayu, boleh dilabel sebagai ‘mason’ Melayu.

SI adalah pertubuhan sosialis antarabangsa yang mendukung komunisme, zionisme dan sekularisme dengan nada yang serius. Kempen komunisme, zionisme dan sekularisme yang dibawa oleh SI dan ahli-ahli anggotanya (termasuk DAP) bukan suatu kerja main-main. DAP ialah parti Cina, tapi kenapa ada sangkut paut dengan Zionis? Jawapannya, tidak perlu dilahirkan sebagai Yahudi untuk menjadi Zionis. SI adalah pertubuhan antarabangsa yang menerima dana daripada Zionis bagi menguasai politik dunia secara ideologi.

Malangnya, ada juga Melayu yang memberi sokongan kepada mason DAP. Masih ada Melayu yang memberi sokongan kepada anggota SI yang mahu sungguh-sungguh meranapkan Islam. Mason-mason Melayu itu sanggup khianat kepada perjuangan bangsa selama ini yang bermatian mempertahankan tanah emas ini. Adakah mereka seikhlasnya sanggup menggadai maruah, atau dipergunakan mason DAP untuk diperbodohkan? Menggadai maruah hanya untuk kuasa politik sempit. Sesuai dikatakan mason kerana menyokong DAP yang sudah terang berpaksikan sekularisme dan zionisme.

Mana mungkin Mason Melayu (PAS & PKR) mahu perintah negara kalau hanya diberi mandat oleh DAP untuk bertanding bagi beberapa buah kerusi sahaja. Andai menang semua kerusi sekalipun, adakah kuasa itu cukup untuk menandingi kuasa kerusi dan suara DAP yang lebih banyak? Juga adakah mampu mempengaruhi DAP untuk melaksanakan Hudud dengan jumlah suara dan kerusi yang sedikit? Andai seorang Mason Melayu Supreme (DSAI) diangkat DAP untuk menjadi Ketua Kerajaan, tidak cenderungkah dia untuk menerima semua kehendak DAP?

Mason-mason Melayu diperkuda bagi memecah belahkan Melayu, semata-mata untuk melemahkan dan memecahkan undi Melayu. Mason Melayu Supreme galak memperjuangkan idea pluralisme modul John Hick yang bercanggah dengan Islam ketika berucap di London, disokong pula oleh sebilangan Melayu yang mengaku memperjuangkan Hudud Islami atau Hudud Qurani. Mason Melayu Supreme pula terang-terangan menyokong Salman Rushdie, pengarang Satanic Verses yang mencerca al-Quran atas dasar pluralisme, juga disokong oleh sebilangan Melayu yang masih tidak nampak-nampak. Atas dasar itu, isu kalimah Allah dibuat main-main oleh Mason-mason Melayu ini seolah-olah tiada beza antara kebesaran nama Allah dengan perkataan-perkataan lain.

Orang-orang Melayu yang buta pula tidak henti membenarkan setiap ucapan Mason Melayu Supreme seperti tikus-tikus berusaha membaiki labu. Melayu sudah berpecah, tiada kesepakatan dalam memandu hala tuju bangsa. Cina-cina itu boleh bersatu atas dasar untung nasib bangsa mereka, tetapi mengapa pula dengan Melayu yang diperalatkan untuk dipecahbelahkan bangsanya dengan perbuatan anak bangsanya sendiri? Di mana perginya akal sihat sebilangan Melayu itu yang berterusan menyokong perancangan kejatuhan ini?

Lupakan politik kepartian. Sekarang adalah masa untuk Melayu teguhkan bangsa. Kehebatan bangsa Melayu pada beribu tahun dahulu sudah diperbudakkan di tanah sendiri oleh bangsa yang suatu masa dahulu tidak diterima oleh mana-mana negara.

Bangkitlah wahai bangsaku. Duduklah semeja bersama, berbicaralah mengenai masa depan anak bangsa, bukan berbicara mengenai politik semata-mata. Jangan sampai kita hanya mampu menangis apabila Order Baru DAP menjajah kita semula. Usah bersetia lagi kepada DAP atau manusia-manusia yang mengaku Melayu tetapi sebenarnya khianat kepada perjuangan bangsa.

Cina sudah lama bersatu hati untuk kepentingan bangsa mereka. Kita pula dituduh rasis apabila mahu berbicara mengenai perpaduan Melayu. Melayu diletakkan dalam keadaan seperti orang yang bersalah besar setiap kali berbicara mengenai perpaduan dan masa depan orang Melayu. Usah ambil peduli semua tuduhan itu wahai anak bangsaku, hanya kita yang berhak membicarakan mengenai hal bangsa kita sendiri, bukan mereka. Sakit perit kita tidak pernah mereka ambil peduli.

Bangkitlah. Bersatulah wahai anak bangsa. Kita beroleh kemerdekaan dan mengembalikan maruah kerana kita bersatu. Kita juga akan hancur apabila kita berpecah kerana mereka memang mahu kita berpecah atas pertolongan sebilangan daripada kita.

Apabila kita bersatu, tiada satu makhluk kafir pun yang dapat menafikan apa sahaja yang menjadi hak kita. Yakinlah dan bersatulah Melayu dan semua orang Islam.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

PAS dan UMNO serta semua umat Melayu, bersatulah demi agama dan bangsa. PAS boleh menjaga agama kalau mahu berkehendak begitu, UMNO boleh menjaga bangsa, berundinglah dan bersatulah. Lupakan sengketa sesama kita kerana sehanyir-hanyir daging pun masih boleh dibasuh, dimamah dan ditelan juga.

Jangan sampai anak cucu kita berumah, berkencing dan bernajis di atas kubur kita kerana sudah tiada lagi ruang untuk mereka hidup di atas bumi warisan nenek moyang mereka akibat kegagalan kita untuk bersatu sebaik-baiknya.

Wahai anak bangsa, bersatulah.
Posted by House PK at Wednesday, April 27, 2011

Thursday, February 24, 2011

Blog...

1. Dh lama sangat aku xupdate blog aku ni...mcm xde masa plk?? Entahlah...

2. Mgkn bz sgt kot?emm...

Sunday, May 9, 2010

IKHLAS.....





"Berkata iblis: Ya Tuhanku, oleh kerana Engkau telah menetapkanku sesat, sungguh akan aku usahakan agar anak manusia memandang indah segala yang ada di bumi dan aku akan sesatkan mereka semua....Kecuali hamba-hambaMu dari antara mereka yang ikhlas.........
(Al-Hijr: 39-40).
KEIKHLASAN
Ramai yang tahu makna ikhlas secara am, namun terlalu banyak yang tersebunyi disebalik perkataan ringkas tersebut. Dalam bahasa kita ikhlas (arab) itu lebih hampir sengan makna "jujur" atau lebih mendalam lagi ialah "tulus". Namun ia tetap tidak setaraf dengan kata "ikhlas" tersebut.
Ikhlas sangat tinggi nilainya di sisi Allah swt. Mukhlisin adalah gelaran bagi setiap hamba yang ikhlas kepada Khaliknya. Nabi kita Muhammad SAW adalah manusia yang paling tinggi darjah keikhlasan dikalangan sekalian makhluk.
Wajar kita mencontohi Baginda jika ingin selamat di dunia dan akhirat. Hanya amal yang ikhlas sahaja yang akan dinilai sebagai kebajikan dan selebihnya hanya hampas dan sia-sia.
Surat Al-Bayyinah ayat 5 menyatakan,
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”

Rasulullah saw. telah bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”

Sabda Rasulullah saw lagi: "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dlaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan karena mengharap redha Allah semata". (HR. an-Nasai,dan Abu Dawud)
Iblis tidak mampu menggoda manusia ikhlas, jadi terselamatlah mereka dari api neraka. Untuk menjadi manusia ikhlas tidaklah semudah yang disangka.
Paling sukar ialah pada peringkat permulaan dimana terlalu banyak yang terpaksa dikorbankan terutamanya ialah kenikmatan dan kemanisan hawa nafsu.
Lihat soalan ke 18 Rasulullah saw kepada Iblis Laknatullah (dibawah).
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam."
"Apakah maksud "bersedekah dengan tiada diketahui orang" ? Itulah intisari makna "ikhlas".
Ibn Athaa' Allah menyebut "Amal perbuatan itu sebagai suatu kerangka yang tegak lurus, sedangkan roh yakni jiwanya mengandungi rahsia ikhlas dalam amal perbuatan tersebut"

Keikhlasan sesaorang dalam amal perbuatan adalah mengikut tingkat kedudukannya. Sebagai contoh, ikhlas seorang Abrar tidak sama dengan ikhlas seorang Muqarrabin. Bagi golongan Abrar, amal perbuatan mereka terlepas dari segala riya' dan sam ah samaada yang jelas ataupun yang samar-samar.
Tujuan amal mereka menuju kepada "pahala" yang dijanjikan Allah kepada hambaNya (yang ikhlas). Sesuai dengan ayat "Iyya ka na'budu" - Hanya kepadaMu kami menyembah (menghambakan diri) dan tidak sesekali kami mempersekutukan Engkau dalam ibadah kami.

Sementara keikhlasan golongan Muqarrabin pula sentiasa bersama dengan ungkapan "Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahi" Tiada daya upaya mengelak dari sesuatu dan tiada keupayaan untuk berbuat apa pun kecuali pertolongan langsung dari Allah.
Segala amalan perbuatan mereka semata-mata kurniaan Allah.jua, tiada atas kekuatan dan kemampuan mereka sendiri. Hanya Allah pemberi hidayah dan Taufiq sesuai dengan ayat "Iyya ka nasta'iin" Hanya kepadaMu kami harapkan pertolongan dan bantuan. Kami tidak berdaya.

Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).
Amalan orang Abrar dinamakan Amal "Lillah" Beramal kerana Allah semata-mata. Amal orang Muqarrabin, dinamakan Amall "Billah". Amalan dengan hanya dengan bantuan kurniaan Allah. Perincian tentang subjek ini memerlukan huraian yang panjang lebar dan ia tidak mampu dibentangkan disini.
Cukuplah sekadar memberi keinsafan kepada para rakan agar melihat kembali sejauh mana kita ini telah sampai ke martabat manusia ikhlas dan panduan asas untuk menuju kesitu.
Mereka yang telah benar-benar berjaya memasuki wilayah ini akan sentiasa merendah diri dan berakhlak mulia. Mereka malu kepada Maha Pencipta walaupun hanya untuk meninggikan suara kepada sesama makhluk apatah lagi melakukan perbuatan yang menyakiti.
Bila tersedar sebarang ketelanjuran (melebihi batas) segera mereka memohon keampunan tanpa tangguh dan sering mengucapkan terima kasih kepada makhluk serta syukur tak terhingga (sehingga berlinangan air mata) kepada Khaliknya.
Allah amat kasih kepada golongan ini dan setiap perbuatan, kata-kata dan niat mereka semua menjadi ibadah. Solat mereka terus diterima oleh Allah tanpa perlu tapisan.
Manakala selain mukhlisin, solat mereka dikembalikan kepada pelaku sebagai satu tamparan kepada wajah mereka. Amat beruntung mereka di dunia, sentiasa tenang dan berserah diri kepada Allah. Redha terhadap segala musibah yang mereka hadapi.
Di akhirat pula syurga khas disediakan untuk mereka yang kedudukannya lebih tinggi dari darjat orang-orang yang sabar.Sebagai langkah mula mendekati arus keikhlasan seterusnya menuju ke martabat ikhlas sekurang-kurangnya menyertai kumpulan Abrar, kisah berkut boleh dijadikan pedoman.
Iblis terus menyiapkan perangkap untuk memalingkan manusia dari perjalanannya kepada fitrah iaitu Hidup Ikhlas.

Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya.

Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata,
"Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw.Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras".
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"
Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.
Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"
Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.
Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"
Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.
Soalan Nabi pertama - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini".
Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah.
Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba".
Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.
Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.
Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina.
Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya.
Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai laknatullah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"
Jawab Iblis - "Semua itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga.Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi.
Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar.
Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka.
Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak.
Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil.Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.
Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit.
Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."
Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"
Jawab Iblis - "Pertama sekali, hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"
Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.
Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain.
Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"
Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."
Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"
Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekalian Malaikat menyambut dengan kesukaan.
Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.
Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.
Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.
Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."
Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekalian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.
Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.
Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut.
Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.
Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid"
Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala.
Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.
Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga jenis. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat"
Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.
Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur".
Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?".
Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam".
Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?".
Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji".
Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?".
Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"
Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"
Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"
Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"
Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"
Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup"
Mari kita imbas satu peristiwa sebagai pengajaran dan pedoman:
Pemuda Ahli Syurga:Rasulullah saw menatap satu persatu para sahabat yang sedang berkumpul dalam satu majlis, hening dan tawadhu. Tiba-tiba terdengar satu suara memecah keheningan, “Ya Rasulullah”.
Semua hadirin memberikan perhatian.“Sekiranya pertanyaanku ini tidak menimbulkan kemurkaan Allah, sudilah engkau menjawabnya”. “Apa yang hendak engkau tanyakan itu”, Rasulullah saw bertanya kembali dengan nada suara yang begitu lembut.
Dengan sikap yang agak tegang sahabat itupun langsung bertanya: “Siapakah diantara kami yang akan menjadi ahli surga?” Secara tiba-tiba, bagai petir menyambar, jiwa-jiwa yang tadinya tawadhu, menyentap ketenangan, terhiris luka karena murka terhadap pertanyaan yang keterlaluan itu.
Pertanyaan tadi sesungguhnya luar biasa dan dianggap tidak wajar. Sungguh keterlaluan, setengah sahabat menilainya mengandung ujub (bangga atas diri sendiri) atau riya’. Seperti biasa dengan sikapnya, Umar Ibn Khattab ra yang terlebih dahulu bertindak, bangkit untuk menghardik sahabat yang bertanya. Rasulullah saw menoleh ke arahnya sambil memberi isyarat supaya menahan diri.
Rasulullah saw menatap ramah, beliau dengan tenangnya menjawab:“Engkau lihatlah ke pintu, sebentar lagi orangnya akan muncul”. Setiap pasang mata menoleh ke ambang pintu dengan penuh debaran, dan setiap pula hati bertanya-tanya, siapakah gerangan "orang hebat" yang di sebut oleh Rasulullah saw sebagai AHLI SYURGA itu.
Seketika masa berlalu akhirnya orang yang mereka tunggu itu pun muncul. Setiap wajah kehairanan. Terpegun dan hampir tidak percaya. Setelah orang itu mengucapkan salam kemudian menggabungkan diri ke dalam majlis, kehairanan mereka semakin bertambah. Sesungguhnya mereka ragu dengan apa yang telah mereka saksikan.
Terdapat kebingungan dan keliru, masakan kata-kata baginda itu suatu yang tidak benar, tetapi jawapan yang diberi oleh Rasulullah saw itu kelihatan amat tidak sesuai dengan apa yang mereka sangkakan. Manusia yang masuk sebentar tadi itu tidak lebih dari seorang pemuda serba sederhana yang tidak pernah muncul di permukaan.
Dalam istilah kemelayuan ia amat sesuai dengan ungkapan "umpama melukut di tepi gantang". Ia adalah satu wajah yang tidak pernah mengangkat kepala bila tidak ditanya dan tidak pernah bersuara bila tidak diminta. Ia bukan pula termasuk dalam senarai sahabat terdekat Rasulullah saw. Sungguh membingungkan hadirin.
Apa kehebatan pemuda ini? Setiap hati menunggu penjelasan dari baginda Rasulullah saw. Rasulullah saw bersabda:
“Setiap gerak-geri dan langkah perbuatannya hanya ia ikhlaskan semata-mata mengharapkan redha Allah. Itulah yang membuat Allah menyukainya”.
Betapa tinggi nilai ikhlas dalam amal perbuatan seseorang, sehingga Rasulullah saw menyebutkannya sebagai salah satu syarat untuk menjadiahli syurga.
Kedudukan ikhlas di dalam Islam sememangnya sangat diutamakan, hanya ikhlas dianggap sebagai ukuran amal seseorang kepada Allah SWT .
Allah berfirman:

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan (ikhlas) kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan meunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus". (maksud Al Bayyinah: 5)
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan ?" (An-Nisa’: 125)

Perosak Ikhlas: Riya’ - yang bererti memperlihatkan perbuatan amalan apa sahaja terutamanya ibadah kepada Allah dengan tujuan dilihat oleh manusia, supaya memujinya.
Sam’ah - menceritakan kebaikan diri dan segala amalan termasuk memuji diri sendiri. Merasa bangga serta suka membesarkan segala ibadah yang dilakukan, yang berarti beramal dengan tujuan untuk didengar oleh orang lain (mencari populariti).'
Ujub - merasa takjub di dalam hati terhadap amal.dan kehebatan diri, walaupun sentiasa menyembunyikan amalannya. Kategori riya’ yang halus. masih menyekutukan Allah dengan diri sendiri.
Wallahu A'lam bissawab...

Tuesday, March 9, 2010

Terimalah kekurangan Suami seadanya

Seorang isteri mengadu begini kepada saya," Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin..

Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya.

Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu.

Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?Lalu saya bertanya,Skrg puan nak yang mana?

Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat.

Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama.

Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan,Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa.

Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?Hidup bukankah untuk dinikmati?

Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'.

Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian.

Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk.. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami.

Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda.

Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.

JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama.

Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantauimaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan.

Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan.

Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan.. .

Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".

Saturday, February 27, 2010

Air Mata Wanita,,,,,,,,,,,,,,




Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada korang sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya mereka yang bernama LELAKI tahu, kenapa teman WANITA mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: “Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi.

Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap.

Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. “Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya.

Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Wednesday, February 3, 2010